Guru yang layak memohon award wang tunai gantian cuti rehat (GCR)

Tempoh perkhidmatan pegawai tidak kurang daripada 15 tahun.
Pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat.
Jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari.
Bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib.

Tindakan yang perlu dilakukan

1. Kemaskini cuti-cuti di hrmis bermula 2004 sehingga kini. Jika ada yang tidak lengkap mohon berhubung dengan kerani sekolah tempat bertugas. Jika sekiranya maklumat cuti tidak lengkap di sekolah lama, kena berhubung dengan kerani sekolah tersebut.

2. Lengkapkan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) di Pejabat Pendidikan Daerah. Berhubung dengan pegawai meja berkaitan untuk mendapatkan maklumat dokumen yang tidak lengkap. Selepas dokumen dilengkapkan, anda akan menerima salinan BPK.

3. Isi borang permohonan GCR yang boleh didapati di jabatan pencen atau klik di sini untuk muat turun borang tersebut. Lihat senarai semak untuk memastikan borang anda lengkap. Borang Aplikasi Sistem Pengiraan GCR boleh dimuat turun di halaman cuti di hrmis.

4. Selepas semua dokumen lengkap, kemukakan borang anda ke PPD untuk pengesahan.

Sekian, semoga membantu.

Post a Comment