Syarat Permohonan GCR

  • Tempoh perkhidmatan pegawai tidak kurang daripada 15 tahun.
  • Pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari.
  • Bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib.

Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR yang diterima adalah tertakluk kepada cukai pendapatan bagi pendapatan tahun semasa di bawah Akta Cukai Pendapatan.



Pekeliling

PENAMBAHBAIKAN  PEMBERIAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)  DAN  PENAMBAHBAIKAN   PEMBERIAN  AWAL  AWARD  WANG  TUNAI GCR


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2.     Sebagaimana YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan sedia maklum,  kemudahan pemberian  award wang tunai  gantian  cuti rehat (GCR) dan pemberian awal award wang tunai GCR sedia ada diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PP.1.3.1: Pemberian Award Wang  Tunai Gantian Cuti  Rehat (GCR) dan Ceraian  PP.1.3.4:  Pemberian Awai Award Wang Tunai Gantian Cuti  Rehat.


3.      Kerajaan   melalui   Belanjawan   2023   sebagai   menghargai   jasa   anggota perkhidmatan awam, telah bersetuju supaya kenaikan maksimum gantian cuti rehat (GCR) dipinda daripada 160  hari  kepada 180  hari.   Susulan daripada pengumuman itu, kebenaran pemberian awal award wang tunai GCR dipinda dari 80 hari kepada 90 hari.


4.      Pindaan ceraian-ceraian perlu dibuat bagi  memastikan pelaksanaan pemberian GCR ini adalah teratur dan pindaan adalah seperti  berikut:


(i)       Pindaan  pada  Ceraian  PP.1.3.1.:   Pemberian  Award  Wang  Tunai Gantian Cuti  Rehat (GCR)
Pindaan bagi  memaklumkan kenaikan had maksimum pengumpulan GCR dari  160 hari  ke 180 hari.


(ii)    Pindaan  pada  Ceraian  PP.1.3.3.:  Kebenaran  Gantian  Cuti  Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan Pindaan bagi  memaklumkan  mengenai  kebenaran  GCR yang dikumpul melebihi  180 hari digunakan sebagai cuti  rehat pada tahun persaraan.


(iii)   Pindaan  Ceraian  PP.1.3.4.:   Pemberian  Awai   Award  Wang  Tunai Gantian Cuti Rehat
Pindaan bagi memaklumkan  pemberian  awal  award wang tunai  Gantian Cuti  Rehat kepada 90 hari.


5.      Pindaan ceraian-ceraian di atas berkuatkuasa mulai  1   Januari 2023.


6.      Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, ceraian• ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan  kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri,  Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.


Sekian, terima kasih.





Post a Comment