45 Teknik Pembelajaran Abad 21 yang boleh dijadikan rujukan untuk guru lakukan di dalam kelas.

Pdpc Abad 21

STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF

1. Fan-N-Pick
  • Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir 
  • Pelajar 1 :susun kad seperti kipas
  • Pelajar 2 :pilih kad dan bacakan soalan
  • Pelajar 3 :jawab soalan
  • Pelajar 4: beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi
2. Inside-Outside Circle
  • Cari pasangan
  • Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1)dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan
  • Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
  • Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
  • Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
  • Kemudian tukar peranan dengan soalan baru
  • Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan
3. Match Mine
  • Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
  • Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
  • Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
  • Pelajar 1mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1 
  • (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 )
  • Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepadakefahamannya dari arahan atau mesej yangdisampaikan olehPelajar 1
  • Pelajar 1melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh
  • Kemudian kedua-duanya tukar peranan
4. Same Different
  • 2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka
  • Kemudian mereka bandingkan jawapan
  • Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan
5. Rally Robin
  • Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan
6. Round Robin
  • Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat
7.Rally Table
  • Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama
8. Round Table
  • Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat
9. Simultaneous Round Table
  • Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
  •  Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.
10. Spin-N-Think
  • Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji
11. Talking Chips
  • Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat
  • Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang
12.Jigsaw Problem Solving
  • Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.
13. Mix-N-Match
  • Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya
14. Trade-A-Problem
  • Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian
15. Team Stand-N-Share
  • Ahli pasukan berdiri
  • Guru/rakan lain memberi soalan
  • Pasukanhanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain
16. Find the Fib/Guess the Fib
  • Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
  • Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah
17. Line Ups
  • Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan
  • Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
  • Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju
18. Formations
  • Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untukmenunjukkan kesepakatan
19. Window Pane
  • Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
  • Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut
20. Showdown
  • Setiap ahli pasukanmenulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah
  • Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
  • Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan
21.Lyrical Lessons
  • Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak
22.Timed Pair Share
  • Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaiandalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2
  • Kemudian tukar peranan
23.Stir- the- Class
  • Pasukan duduk dalam bulatan
  • Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
  • Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan
  • Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya
24.Team Word-Web
  • Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong
  • Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka
25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu
  • Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertamasajak atau menyanyi lagu
  • Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
  • Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni
26. Paraphrase Passport
  • Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya
27. Mix-Freeze Group
  • Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru
  • Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,diletakkan dalam “Lost and Found”
28. Think-Pair-Share
  • Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan
  • Setiap ahli diberi masauntuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan
  • Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah
29.Roam the Room
  • Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
  • Apabila guru beri isyarat kedua,semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukanlain
30. Gallery Tour
  • Seperti di atas tetapimereka bergerak secara pasukan
  • Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya
  • Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
  • Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula
  • Setelah kembali semula kepasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi
31. Three Stray, One Stay
  • Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
  • Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya
  • Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
  • Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.
32. RotatingReview
  • Pasukan bincang topic
  • Buat carta/pengurusan grafik
  • Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang hasil perbincangan kumpulan itu
  • Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
  • Begitulah seterusnya
33.The Yarn Yarn
  • Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
  • Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea
34. Kinesthetic Symbols
  • Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran
35. Team Statements
  • Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
  • Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua
36. Who am I ?
  • Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
  • Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentangidentity masing-masing.
  • Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”
  • Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya
37. Sages Share
  • Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut,mencatat ‘initial” mereka
  • Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yangbijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya
38. Traveling File
  • Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnyaada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan
  • Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain
  • Setiap pasukan yang mendapat failbaru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
  • Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.
39. Team Interview
  • Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)
40. Team Project
  • Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan
41. Value Lines
  • Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup
  • Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murniberdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
  • Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untukmenilai hasil kerja mereka
42.Find-Someone-Who
  • Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu
43. Rotating Review
  • Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
  • Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerjasetiap pasukan
  • Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warnapen yang berbeza
44.Three-Step Interview
  • Empat orang pelajar dalam satu pasukan
  • Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga
  • Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas
  • Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain
45.Two-Box Induction
  • Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh
  • Fasilitator beri ransangan
  • Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
  • Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut
Sumber : Dari Grup Sebelah

Post a Comment