2. Sehubungan itu, semua guru dan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai seperti berikut
2.1 Guru - Memakai T-Shirt berkolar, Seluar Sukan (Track-Bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih.
2.2 Murid - Memakai T-Shirt berkolar atau tidak berkolar, Seluar Sukan (Track-Bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih.
3. Lanjutan daripada perkara di atas, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah bersetuju memberi kelonggaran kepada guru-guru termasuk juga murid-murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan KesihaTAn (PJK) untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.
4. Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
TAN SRI DATO' HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Post a Comment