Perancangan pengajaran perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan guru perlu merancang dalam pengajaran dengan baik. Hasil kajian mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di sekolah-sekolah adalah berpunca daripada pengajaran tidak dirancang dengan baik dalam bilik darjah. Kemahiran dan kecekapan guru dalam perancangan menguruskan bilik darjah akan dapat menghindari pengajaran dan pembelajaran yang tidak efektif. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah pemangkin kepada kecemerlangan murid bagi melahirkan modal insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

“Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai” Berikut saya kongsikan bahan-bahan yang perlu dimuatkan ke dalam fail Rekod Pengajaran.

Di sini saya kongsikan bahan Buku Rekod Mengajar yang anda boleh edit mengikut kesesuaian anda sebagai persediaan penyediaan Buku Rekod Mengajar anda. Bahan ini saya sedut di uncle google tanpa saya ketahui pemiliknya. Semoga pencipta bahan ini dimurahkan reziki.

Download fail bahan Buku Rekod Mengajar : Download

Post a Comment