Kementerian Pendidikan sedang menganalisis beban tugas guru terutama dalam melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan pengisian data dalam talian.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sehubungan itu satu Mesyuarat Penyelarasan Berhubung Sistem Pengisian Data Dalam Talian akan diadakan di Putrajaya bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Sebenarnya guru dalam Pekeliling Perkhidmatan Pendidikan sudah mempunyai tanggungjawab hakiki.

"Kerja guru ini selain daripada mengajar dalam bilik darjah, ada lagi aktiviti lain iaitu sukan, ko-kurikulum, akademik dan kebajikan murid," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad di Kepala Batas, hari ini.

Beliau berkata antara perkara yang akan dikaji ialah tugas perkeranian yang ada kaitan dengan memasukkan data melalui sistem dalam talian sama ada guru perlu menghantarnya ke kementerian atau tidak.

Sebenarnya isu beban tugas guru ini bukan baru semalam timbul. Ia sudahpun hangat diperkatakan sejak zaman Hishamuddin sebagai Menteri Pendidikan. Dato Muhyuddin juga pernah berjanji untuk menyelesaikan isu ini tetapi beliau bukan mengurangkan beban tugas guru malah menambah beban tugas guru sehingga ada guru yang dibuang kerja kerana membantah pengisian data online seperti PBS.

Kini kementerian Pendidikan yang diterajui Mahadzir Khalid pula sedang mengadakan soal selidik secara online tentang beban tugas guru tetapi tidak diketahui beberapa peratus sahaja yang menunaikan tenggungjawab tersebut kerana guru yakin ia tidak akan ada penyelesaian.

Bagi yang rajin mengisi soal selidik ini boleh dilakukan di https://bpsmkpm.typeform.com/to/G1F0O6

Post a Comment